Monday, February 11, 2008

PROSES PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN

-pengurusan projek pembinaan melibatkan pelbagai proses dan peringkat yang perlu dilaksanakan dari awal hingga akhir sesuatu projek.Terdapat pelbagai pihak dan sumber input yang terlibat dimana ianya perlu diurus dengan baik supaya objektif sesebuah organisasi itu dapat dicapai dengan jayanya

-seseorang pengurus mestilah mengetahui bagaiman proses sember input dilakukan dan di peringkat mana perlu dilakukan


3.1.1) PENGURUSAN PROJEK (PROJEK MANAGEMENT)

-Di dalam industri pembinaan terdapat berbagai-bagai peringkat perlaksanaan pengurusan yang melinatkan kepada peringkat-peringkat seperti:

a)Pengurusan Projek (Project Management)

b)Pengurusan Pembinaan (Construction Management)

c)Pengurusan Tapak (Site Management)

d)Pengurusan Penyelenggaraan (Maintenance Management)

3.1.1) PENGURUSAN PROJEK (PROJEK MANAGEMENT)

-Pengurusan projek ialah perancangan dan pengurusan yang merangkumi keseluruhan peringkat bermula daripada ringkasan projek kpd peringkat penyiapan projek.Skop yang terlibat melibatkan banyak aspek meliputi pengurusan, kewangan, pemasaran, teknikal, kelulusan dan penyelenggaraan. Ini melibatkan pengurusan kesemua personel yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dengan projek.Ia juga melibatkan perlantikan dan pemantauan perunding- perunding dan kontraktor-kontraktormelaksanakan tugas masing-masing

3.1.2)PENGURUSAN PEMBINAAN

-Pengurusan pembinaan ialah pengurusan yang melibatkan proses yang dilakukan oleh kontraktor melibatkan kepada pengurusan kontrak dan tapak bermula dari proses memasuki tawaran tender sehingga kepada penyiapan dari penyerahan projek dan penutupan akaun.

3.1.3)PENGURUSAN TAPAK (SITE MANAGEMENT)

-Pengurusan tapak ialah pengurusan yang melibatkan proses pembinaan di tapak oleh kontraktpo bermula dari serah milik tapak oleh pihak kilen sehinggalah kepada penyiapan bangunan dan penyerahan projek kepada pihak klien.

-ia melibatkan perancangan, pemantauan daan kawalan kepada kerja-kerja yang berada ditapak dimana melibatkan pengurusan kepada sumber-sumber buruh, bahan , jentera dan keupayaan. Didalam pengurusan sumber-sumber ini pihak kontraktor perlu memastikan ia diurus mengikut kos, masa, dan kualiti yang telah ditetapkan

3.2.4)PENGURUSAN PENYELENGGARAAN (MAINTENANCE MANAGEMENT)

-Pengurusan penyelenggaraan ialah pengurusan yang dilakukan oleh tuan punya bangunan selepas kerja-kerja disiapkan dan digunakan dengan tujuan untuk memastikan bangunan sentiasa pada tahap yang baik

Peringkat-peringkat pengurusan diatas adalah berbeza dari segi skop,struktur organisasi,perlaksanaan dan sumber-sumber

No comments: