Friday, February 29, 2008

BUILDING TEAM


2.4 TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR

Kontraktor merupakan orang perseorangan @ syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan bangunan. Mereka bertanggungjawab terhadap kerja-kerja di tapak bina. Ini bermakna kontraktor akan merialisasikan / menganalisa apa yang direka bentuk oleh arkitek pada pelan. Mereka perlu memahami segala peraturan yang terkandung dalam surat perjanjian pembinaan yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan.

Mereka juga hendaklah melakukan kerja-kerja dengan teratur dan cekap untuk memudahkan kerja yang telah diarahkan oleh pihak yang terlibat mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya kontraktor tidak mengikut arahan daripada pihak berkuasa, maka kontraktor akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

Kontraktor perlu merujuk kepada arkitek sekiranya ingin melakukan sesuatu perubahan pada bangunan. Jika berlaku kekeliruan dalam mentafsir pelan, hendaklah dirujuk kepada arkitek bagi mendapat maklumat yang tepat dan baik.

2.5 Perbezaan antara kontraktor utama dan kontraktor kecil

(a) Kontraktor utama

Merupakan kontraktor yang mempunyai para pekerja sendiri dan mempunyai kemudahan serta bahan-bahan sendiri. Mereka memiliki satu syarikat yang mempunyai klien melalui pemindahan tender. Kontrakator ini bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja binaan dari mula hingga banguna siap. Mereka ini biasanya dipilih oleh pelanggan / pemilik atas nasihat perunding melalui tawaran.

(b) Kontraktor kecil

1. Kontraktor dinamakan ( Nominated sub Contractor )

Dipilh dan dilanrik oleh klien melalui ikatan kontrak. Menerusi ikatan ini, klien mengharapkan supaya kerja-kerja tertentu dilaksanakan oleh mereka yang benar-benar berkelayakan dan berkeupayaan melaksanakannya menurut kehendak penentuan.

Mereka diperlukan bagi memudahkan segala urusan pembinaan.

Kehadiran mereka dapat memberi hasil kerja yang berkualiti. Mereka terdiri dari pekerja yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu mengikut pengkhususan dan kemahiran tersendiri.Kerja-kerja biasa diberikan ialah :-

(a) kerja cerucuk

(b) pemasangan elektrik

(c) system penyaman

(d) tangga gerak dan lif

(e) system pemcegah kebakaran

2. Kontraktor kecil domestik / biasa ( No-nominated Sub Contractor )

Dipilih sendiri oleh kontraktor. Mereka ini tiada ikatan kontraktor secara rasmi. Mereka membantu mempercepatkan hasil kerja dan membuat kerja-kerja sampingan.Seseorang kontraktor memerlukan kontraktor kecil domestik tertentu supaya bilangan pekarja tetap dapat dikurangkan di samping menjimatkan kos bagi kerja tersebut.

Antara kerja-kerja yang biasa dilakukan ialah :-

(a) memasang jubin lantai dan dinding

(b) melepa dinding dan siling

(c) kerja-kerja luar ( membuat jalan raya, pagar dan perpaipan )

2.6 Fungsi anggota yang terlibat yang terlibat dalam carta organisasi kontraktor

1. Pengurus projek

Merupakan ketua kepada organisasi pembinaan bagi pihak kontraktor. Mereka berkuasa terhadap pekerja-pekerja bawahannya. Tugas pengurus projek adalah seperti :-

(a) memastikan perjalanan projek berjalan lancar mengikut syarat yang telah ditetapkan.

(b) Mentadbir kerja-kerja di tapak pembinaan

(c) Merangka tenaga kerja, peralatan, jentera dan bahan binaan yang diperlukan.

(d) Mengurus segala yang berkaitan dengan pentadbiran, keselamatan, kebajikan dan sebagainya.

(e) Bertindak sebagai orang tengah antara pekerja dengan kontraktor.

2. Penolong pengurus projek

Merupakan pembantu kepada pengurus projek. Mereka adalah orang yang terlibat secara langsung di tapak bina bagi memastikan perjalanan projek berjalan dengan lancar mengikut jangka masa yang ditetapkan dan memastikan hasil kerja yang memuaskan.

3. Pegawai tadbir

Merupakan pegawai yang bekerja di tapak bina. Tugas mereka adalah

menguruskan semua kerja-kerja pentadbiran dan perkeranian di tapak bina.

Mereka juga menguruskan pembayaran bil-bil dan juga masalah yang

bersangkutan seperti bil elektrik, bil air dan bil telefon.

4. Jurutera tapak

Merupakan pakar dalam menentukan spesifikasi bahagian dalam bangunan. Jurutera juga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-

(a) memberi arahan kepada pekerjanya

(b) memastikan segala kerja di tapak bina berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

(c) Mengawal pekerja sebelum ditukarkan ke tempat lain.

Mereka adalah orang yang terlibat secara langsung di tapak bina bagi

memastikan semua kerja yang berkaitan dengan struktur dan teknikal berjalan dengan lancar.

5. Jurutera mekanikal

Merupakan orang yang bertanggungjawab bagi memastikan kesemua peralatan dapat berfungsi dengan baik dan selamat digunakan. Antara tugas lain adalah memastikan lakaran yang dibuat mengikut undang-undang yang bersangkutan dengan mekanikal pembinaan, memastikan kesemua peralatan dipasang mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan ( lif, penghawa dingin, escalator, sistem rintangan api ), mereka bentuk dan melukis pelan seperti pendawaian dan sebagainya.

6. Jurutera elektrik

Merupakan pereka pelan pendawaian elektrik. Tugas jurutera elektrik ialah :-

(a) Memastikan kerja-kerja pendawaian pada bangunan selamat digunakan.

(b) Memastikan penyambungan kabel bawah tanah selamat dan mengikut piawaian.

(c) Melibatkan kerja-kerja pemasangan alat penghawa dingin dan sistem penggerak kecemasan.

7. Jurutera awam

Merupakan golongan yang berpengalaman dan mahir dalam bidang kejuruteraan. Tugas jurutera awam ialah memastikan kerja yang dilakukan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam dokumen tender.

8. Jurutera struktur

Merupakan orang yang berfungsi dalam mereka bentuk struktur bangunan. Tugas lain adalah memastikan kontraktor mengikut apa yang tertera di dalam pelan, memastikan struktur bangunan selamat, meliputi kerja-kerja rasuk struktur asas cerucuk jalan raya, jambatan, menara dan lain-lain. Mereka akan mereka pelan mengikut apa yang dikehendaki oleh pelanggan.

9. Arkitek

Merupakan ketua bagi kumpulan profesional. Arkitek bertindak sebagai penyelia dalam melakar dan melukis pelan. Tugas arkitek adalah memastikan ciri-ciri binaan yang dikehendaki oleh pelanggan, melantik jurutera perunding dan juru ukur bahan untuk membantu di dalam projek binaan dan menyediakan lukisan kerja bagi sesuatu projek. Lukisan yang dibuat hendaklah mengikut “ Building By Low “ dan juga JKR, TNB, Jabatan Bekalan Air dan Jabatan Bomba.

10.Juru ukur bahan

Merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menyediakan dokumen kontrak. Tugas juru ukur bahan ialah membuat penilaian dan tuntutan bagi pihak kontraktor setelah sebahagian dari kerja telah siap, membuat perkiraan bahan-bahan binaan yang diperlukan dari tapak bina dari semasa ke semasa.dan bertindak sebagai pengawal kepada pembayaran.

11.Penolong juru ukur bahan

Merupakan pembantu kepada juru ukur bahan dalam membuat penilaian kerja ( kerja taking off ) untuk menentukan kuantiti dan jenis bahan yang digunakan.

12.Juru ukur tanah

Merupakan orang yang membuat penyiasatan tentang tanah untuk dijadikan tapak bina. Mereka bertanggungjawab dalam membuat pengukuran, mengetahui halangan yang terdapat di tapak bina.

13.Penyelia tapak

Merupakan orang yang bertugas dalam membuat lawatan ke tapak bina dari semasa ke semasa, memastikan pembinaan berjalan lancar mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan menjaga kebajikan pekerja-pekerja di tapak bina. Mereka tidak bertanggungjawab ke atas semua kerja-kerja pembinaan.

14.Pembantu arkitek

Merupakan orang kanan arkitek yang membuat lawatan ke tapak bina dari semasa ke semasa. Mereka perlu memastikan kerja-kerja pembinaan mengikut piawaian yang telah ditentukan oleh pihak atasan. Mereka juga merupakan orang yang akan menyelesaikan masalah di tapak bina.

15.Ketua pekerja mahir

Mereka merupakan orang yang berhubung secara langsung dengan jurutera tapak.Mereka perlu memastikan pekerja menjalankan kerja mengikut perancangan.Mereka ini terdiri daripada orang yang mahir dalam semua bidang.

16.Ketua sebahagian pekerja

Merupakan orang mahir dalam sesuatu bidang tertentu sahaja. Contohnya :-

(a) Tukang bata

Merupakan orang yang ditugaskan mengikat bata setelah rasuk dibina. Mereka mengikut arahan ketua untuk mengetahui ikatan yang perlu digunakan.

(b) Tukang lepa

Bertanggungjawab melapa simen dengan menggunakan simen lepa yang dibancuh. Orang yang membuat kerja ini merupakan orang yang berkemahiran kerana orang yang berpengalaman dapat melepa sdngan cepat dan kemas.

(c) Tukang kaca

Mereka melakukan kerja yang berkaitan dengan kaca. Contohnya memasang cermin tingkap dan pintu.

(d) Tukang besi

Mereka melakukan kerja-kerja membengkokkan besi / tetulang. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu :-

1. melakukan kerja-kerja mengikat.

2. mengangkat besi ke atas bangunan.

3. menyambungkan tetulang.

(e) Tukang paip

Bertanggungjawab dalam melakukan kerja-kerja pemasangan paip di sesebuah bangunan. Mereka perlu mengikut arahan ketua bagi memasang paip yang dikehendaki. Mereka juga dipertanggungjawabkan bagi memastikan pemasangan paip adalah betul.

(f) Tukang konkrit

Tugasnya adalah melakukan kerja-kerja pembancuhan konkrit, memasukkan konkrit ke dalam acuan dan lain-lain lagi. Mereka menggunakan mesin pembancuh konkrit ( corete mixer ) untuk membancuh konkrit.

(g) Tukang cat

Bertanggungjawab mengecat dinding bangunan yang telah siap dilepa. Mereka juga bertugas dalam mengecat bahagian-bahagian lain seperti pintu, siling, pagar, dan sebagainya.

(h) Tukang elektrik

Merupakan orang yang membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan elektrik seperti memasang kabel elektrik, lampu soket dan sebagainya.

(i) Tukang jubin

Mereka memasang jubin dalam bangunan apabila bangunan siap dibina. Mereka perlu memasang jubin pada tempat yang ditentukan oleh penyelia tapak.

(j) Tukang kayu

Bertanggungjawab dalam melakukan kerja pertukangan kayu. Mereka juga yang membuat acuan untuk rasuk, balkoni dan sebagainya.

(k) Tukang tanggam

Merupakan orang yang membina tanggam pada tempat yang memerlukan tanggam.

(l) Tukang jubin ( luar bangunan )

Mereka adalah orang yang memasang jubin pada bahagian luar bangunan. Tukang ini diperlukan apabila ada projek perumahan yang besar dan memerlukan lebih ramai tukang jubin.

(m) Tukang gali

Merupakan orang yang melakukan kerja-kerja penggalian di tapak bina, contohnya manggali lubang-lubang untuk asas parit, lubang kumbahan dan sebagainya.

(n) Tukang bumbung

Bertanggungjawab membina dan memasang bumbung. Mereka perlu mengikut arahan ketua mereka bagi memastikan bumbung yang dibina mangikut kehendak klien.

(o) Tukang longkang

Mereka melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan parit / longkang. Mereka juga perlu memastikan paip yang dibina selamat dan boleh mengalirkan air dengan sempurna.

2 comments:

Julaiha said...

salam...

saya berminat sangat nak tau pasal syarikat jurutera perunding, bermula dari mana-mana pun takpe.

Nak tulis cerita tentang seseorang yang bekerja di sya jurutera perunding. Apa jawatannya, apa tugasnya, apa cabarannya. Harap dapat respon

tq

Unknown said...

selama ini sy berpendapat kontraktor adalah seorang individu..tp rupanya ia adalah sebuah firma/syarikat kontraktor.

sy nk tny, ad x individu yg bergelar kontraktor berkerja di dlm firma kontraktor?

blog di atas ada menyatakan kontraktor adalah individi@firma..

minx pendapat sat..
tq..