Thursday, April 10, 2008

TUGAS / FUNGSI SETIAP PIHAK DALAM INDUSTRI BINAAN

Penasihat

1. Perancang Bandar

Merupakan individu yang memberi garis panduan untuk pencapaian corak dan bentuk bangunan yang diidamkan sama ada dari segi fizikal, social dan ekonomi.

Mereka bertanggungjawab menyediakan pelan dan berfungsi untuk menolong mentakrifk8an guna tanah. Mereka juga merancang pembangunan untuk mewujudkan persekitaran yang selesa dari aspek social dan fizikal, meramalkan kemungkinan yang terdapat dalam permintaan mencukupi serta kemungkinan untuk dikembangkan pada masa akan dating.

Mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan mempunyai kemudahan asas yang lengkap serta menggunakan teknologi terkini dan menggunakan keluasan minima mereka untuk memastikan ruang tanah digunakan secara cekap dan menyeluruh.

2. Arkitek

Merupakan ketua dalam “Building Team“ yang bertanggungjawab dalam merealisasikan idea atau kehendak klien dalam bentuk nyata. Mereka juga melukis bangunan mengikut kehendak klien dan memastikan permohonan kebenaran dari pihak berkuasa untuk pembangunan kawasan ( hantar pelan untuk diluluskan ).

(a) Mereka juga bertanggungjawab menyediakan pelan awal untuk dijadikan panduan untuk menganggar kos sesebuah bangunan dan menyediakan pelan terperinci untuk penyediaan dokumen Jurutera awam.

Mereka bertanggungjawab merekabentuk pelan untuk kemudahan jalan raya dan memastikan ia berjalan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

3. Juru ukur bahan

(a) Sebelum projek dijalankan

Mereka menyediakan anggaran belanja dan diserahkan kepada arkitek untuk perancangan awal dan sebagainya. Setelah mendapat kelulusan dari klien, mereka menyediakan anggaran belanja untuk bahan binaan, menyediakan dokumen tender, menyediakan dokumen tawaran dan penerimaan, menyediakan sebarang jenis akaun serta “ Bill Of Quantity “ untuk bahan binaan dan pekerja.

(b) Selepas projek pembinaan

Mereka membuat akaun akhir dan menulis penentuan kerja.

4. Juru ukur tanah

Tugasnya adalah untuk mengukur tanah dan mengkaji jenis tanah dan memastikan kedudukan tapak adalah betul sebelum pembinaan dimulakan.

5. Jurureka dalaman

Mereka mempunyai kemahiran penyusunan ruang dalaman bagi mencapai fungsi susun atur dalaman bangunan. Susunan akan mengikut citarasa pelanggan atau kemudahan pada ruang berkenaan.

6. Arkitek lanskap

Mereka mempunyai kemahiran dalam merebentuk pelan lanskap yang berkenaan dengan kemudahan infrasturktur dan kawasan halaman seperti jenis pokok, pancutan air dan susunan lanskap yang lain.

7. Pakar penasihat yang lain

(a) Juru ukur bangunan

Bertanggungjawab sepenuhnya kepada penyenggaraan bangunan. Mereka akan merancang program penyenggaraan berjadual dan merupakan pakar untuk melihat kecacatan dan kerosakan yang berlaku. Mereka dapat melaporkan tahap keadaan sesebuah bangunan dan memberikan pandangan kepakarannya kepada jurureka bentuk untuk kegunaan bahan berpandukan iklim setempat dan suasana tempatan.

Kontraktor

Merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membina dan menyiapkan projek pembinaan berdasarkan dokumen kontrak dan pelan. Mereka menerima arahan daripada arkitek bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan. Mereka juga melaksanakan kerja-kerja dengan teratur bagi menyiapkan kerja-kerja pada tarikh yang ditetapkan.

Para kontraktor perlu memenuhi peraturan pihak-pihak berkuasa tempatan yang melibatkan kerja-kerja pembinaan, memberi segala notis yang perlu dan juga harus menyediakan insurans ke atas kerja dan pekarjanya. Mereka juga harus mahir dalam menggunakan segala alat pengurusan, menilai dan mengawasi kesemua aspek dalam operasi pembinaan.

Kontraktor terbahagi kepada 3 iaitu :-

a. Kontraktor utama

b. Kontraktor kecil

c. Kontraktor bekalan

(a) Kontraktor utama

Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembinaan dari mula hingga buangan itu siap. Biasanya dipilih oleh pelanggan / pemilik atas nasihat perunding melalui tawaran. Mereka mempunyai pekerja sendiri dan mempunyai kemudahan kewangan dan bahan-bahan sendiri ( jentera-jentera yang dapat mempercepatkan pembinaan )

(b) Kontraktor kecil

Terbahagi kepada 2 iaitu :-

1. kontraktor kecil dinamakan

Dipilih oleh kontraktor utama. Mereka terdiri daripada pekerja yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu mengikut pengkhususan kemahiran tersendiri dan berpengalaman dalam bidang tertentu. Mereka dilantik oleh pelanggan dengan nasihat kontraktor utama dalam melaksanakan kerja-kerja khusus seperti :-

- Pemasangan cerucuk

- Pendawaian

- Perpaipan

2. kontraktor kecil domestik

Dilantik oleh kontraktor utama. Mereka membuat kerja-kerja sampingan seperti :-

- Melepa dinding

- Memasang jubin lantai

- Mengecat

- Mereka juga membantu dalam mempercepatkan hasil kerja.

Tenaga buruh

(a) Teknologi

Mereka merupakan pakar dalam bidang teknik dan industri yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang teknikal dan kontrak. Mereka terdiri daripada graduan-graduan universiti yang berpengalaman dan berpengetahuan luas. Dalam projek pembinaan, hanya seorang sahaja teknologi yang akan memberi arahan kepada pekerja-pekerja bawahan untuk membuat kerja-kerja pembinaan.

(b) Juruteknik

Merupakan juruteknik yang berpengetahuan dalam satu-satu bidang teknikal dan akan bekerja di bawah arahan teknologi. Contoh-contoh juruteknik ialah pengawas kerja, penyelia tapak, penolong juruteknik, dan lain-lain jawatan yang akan disandang oleh seseorang mengikut kualiti kerja dan pengetahuan dalam bidang tersebut. Mereka juga memeriksa kerja-kerja yang dibuat oleh seseorang tukang. Juruteknik terbahagi kepada 3 iaitu :-

1. Senior juruteknik

2. Juruteknik

3. Junior juruteknik

(c) Pekerja mahir

Adalah seorang tukang yang berkemahiran dalam membuat kerja-kerja pembinaan dan pakar dalam kerja-kerja pembuatan dan menentukan jenis-jenis bahan dan peralatan yang patut digunakan. Upah mereka dinayar mengikut jam.

(d) Pekerja separuh mahir

Mereka akan membantu pekerja mahir dalam membuat pembinaan atau kerja yang diarahkan. Sebelum mereka diarahkan untuk membuat sebarang kerja, mereka terlebih dahulu diberi tunjuk ajar supaya mereka dapat melakukan kerja sebaik mungkin seperti yang dikehendaki. Upah mereka juga dibayar mengikut jam.

(e) Pekerja tidak mahir

Mereka adalah buruh biasa iaitu orang yang tidak berpengalaman dan tiada kemahiran dalam bidang tersebut. Mereka akan melakukan kerja-kerja seperti membancuh simen, mengangkat batu-bata, melakukan kerja-kerja penggalian dan dalam kerja mengangkat bahan serta peralatan yang dikehendaki dalam pembinaan.. mereka juga akan membersihkan tapak bina setelah kerja-kerja pembinaan siap dilakukan. Mereka juga dibayar upah mengikut jam.

Pembekal

(a) Pembekal yang terpilih

Merupakan pembekal yang terpilih oleh sesebuah syarikat bagi membekalkan bahan yang diperlukan. Contoh: Jabatan Kerja Raya, Felda Holding.

(b) Pengeluar

1. Bahan binaan

Mengedarkannya kepada pengeluar. Contoh : batu

Kelikir, simen, pasir, batu-bata, kayu, mozek dan sebagainya.

2. Peralatan binaan

Mengeluarkan peralatan binaan bagi memudahkan kerja-kerja binaan bangunan. Contoh : peralatan menukang, menggali dan lain-lain.

(c) Pengimport

1. Bahan binaan

Mengimport bahan binaan dari dalam dan luar negara. Contoh : simen, pasir, batu-bata, kayu.

2. Peralatan binaan

Contoh peralatan yang diimport ialah Jentolak yang digunakan untuk menolak tanah dan Jengkaut yang digunakan untuk kerja-kerja penggalian tanah.

(d) Pengedar

1. Bahan binaan

Pengedar mendapat bekalan dari pengimport dan mengedarkannya kepada pembekal. Pembekal mengeluarkan bekalan terus kepada kontraktor.

2. Peralatan binaan.

Mereka mengedarkan peralatan binaan kepada pembekal dan pembekal mengeluarkannya terus kepada kontraktor.

Pihak berkuasa

Bertujuan untuk memastikan setiap pembinaan berjalan dengan lancar dan sistematik. Ia juga merupakan pembekal kemudahan infrastruktur dan memberi kelulusan untuk menjalankan pembinaan. Pihak berkuasa terbahagi kepada 3 iaitu:-

(a) Kerajaan

(b) Negeri

(c) Daerah

(a) Kerajaan / Negeri

Bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan tanah, perancangan Bandar dan wilayah, perparitan dan saliran serta pembekal kemudahan asas. Contoh: Kerajaan Malaysia, Jabatan Kerja Raya.

(b) Daerah

Memberi kelulusan dalam projek pembangunan bagi sesuatu tempat atau daerah. Ia bertanggungjawab dalm meluluskan pelan lakaran, pelan bangunan dan kemudahan asas yang lain. Ia juga bertanggingjawab dalam mengeluarkan “ Sijil Layak Menduduki “ ( Certificate Of Fitness, CF ). Contoh: Majlis Daerah.

Kewangan

Pemilik projek akan membuat pinjaman modal dari bank atau mana-mana institusi kewangan untuk memulakan projek. Modal ini diperlukan untuk memilih kontraktor, pengeluar, pengimport serta pembekal alatan. Institusi kewangan yang terlibat ialah :-

(a) Bank

(b) Syarikat kewangan

2.4 TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR

Kontraktor merupakan orang perseorangan @ syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan bangunan. Mereka bertanggungjawab terhadap kerja-kerja di tapak bina. Ini bermakna kontraktor akan merialisasikan / menganalisa apa yang direka bentuk oleh arkitek pada pelan. Mereka perlu memahami segala peraturan yang terkandung dalam surat perjanjian pembinaan yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan.

Mereka juga hendaklah melakukan kerja-kerja dengan teratur dan cekap untuk memudahkan kerja yang telah diarahkan oleh pihak yang terlibat mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya kontraktor tidak mengikut arahan daripada pihak berkuasa, maka kontraktor akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

Kontraktor perlu merujuk kepada arkitek sekiranya ingin melakukan sesuatu perubahan pada bangunan. Jika berlaku kekeliruan dalam mentafsir pelan, hendaklah dirujuk kepada arkitek bagi mendapat maklumat yang tepat dan baik.

No comments: